Isu dan kontroversi Ean Yong Hian Wah

Cedera akibat ditumbuk

Pada 6 April 2012, kira-kira jam 12.10 pagi ketika beliau baru selesai menghadiri perbincangan dan makan malam di restoran Jalan Sekolah, Kampung Baru Seri Kembangan, beliau cedera ditumbuk, dipercayai oleh dua lelaki selepas selesai makan di sebuah restoran itu berada di dalam lingkungan Seri Kembangan, Selangor. Difahamkan beliau mengenali lelaki yang menumbuknya dan insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Selangor memindahkan peniaga-peniaga pasar Seri Kembangan yang mana peniaga berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memindahkan penjaja haram pasar lama Seri Kembangan yang ditempatkan semula di pasar rakyat Jalan SK 6/1.[2]